“When we honestly ask ourselves which person in our lives mean the most to us, we often find that it is those who, instead of giving advice, solutions, or cures, have chosen rather to share our pain and touch our wounds with a warm and tender hand. The friend who can be silent with us in a moment of despair or confusion, who can stay with us in an hour of grief and bereavement, who can tolerate not knowing, not curing, not healing and face with us the reality of our powerlessness, that is a friend who cares.”
― Henri J.M. Nouwen, The Road to Daybreak: A Spiritual Journey
Setiap orang perlukan kawan. Tak kira lah kawan biasa, kawan baik, ataupun kawan sejati. Kawan bagi saya adalah satu anugerah yang perlu kita jaga, perlu kita fahami dan perlu kita mensyukuri. Ye, mungkin semua orang ada kawan, tapi tak semua ada apa yang kita ada. Maksudnya nilai sebuah persahabatan. Alhamdulillah, saya masih dianugerahkan kawan yang sentiasa ada bersama saya, tak kira senang mahupun susah. Perkenalan yang agak singkat sebenarnya walaupun dengar bunyinya seakan lama. Kami mula mengenali satu sama lain pada tahun 2010. Iaitu sesama semester1 kami di UiTM. Bila dihitung kembali, penjalan kami, persahabatn yang di bina sudah hampir 2tahun. Singkat bukan? tetapi inilah anugerah. Gaduh, bermasam muka, terasa hati, gelak ketawa, nangis semua tu makanan kami. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit. Tetapi kami kuat mengharungi dugaan yang Allah berikan. Kami cuba mengatasi masalah yang datang. Rumit tak rumit lah bila dah bergaduh kan. Sedaya upaya usaha supaya persahabatan kami kembali seperti biasa. Alhamdulillah, persahabatn kami masih kekal hingga ke hari ini. Saya yakin ramai yang di luar sana mempunyai sahabat mereka sendiri. Sama2 lah kita berdoa semoga Allah memberkati perjalanan hidup kita dan sahabat2 kita. Amin....
ayat you ni sastera betul. but it is a good read though. sebak baca.hehe:)
ReplyDeleteeh biasalah. hahahaha BM i ksn A+
ReplyDelete